Dalam mencari punca mengapa fenomena ini terjadi dalam masyarakat hari ini, penemuan yang mengejutkan terutama dalam aspek amalan seks bebas di kalangan remaja hari ini. Apa yang pasti, dalam temu bual dengan dua remaja yang
pernah terjebak dalam seks bebas dan melahirkan bayi luar nikah, membuktikan budaya berseronok sudah menjadi sebahagian daripada hidup generasi hari ini. ``Kami hanya ingin berseronok. Kami tak mahu bayi, sebab itu kami terpaksa tinggalkan mereka,'' akui salah seorang remaja belasan tahun yang telah hamil tiga kali hasil hubungan bebas bersama teman lelakinya. Namun seperti kata pakar psikologi kanak-kanak dan remaja UKM, Dr. Khaidzir Ismail, remaja yang terjebak dalam gejala sosial sebegini adalah individu normal tetapi mereka mempunyai tingkah laku tidak normal atau psikopat - iaitu melakukan kesalahan tanpa rasa kesal.
PANDANGAN:
suka, suka jugak tapi ingatlah Allah maha berkuasa dan maha mengetahui...
insaflah sebalum terlambat...
No comments:
Post a Comment