Sunday, March 16, 2008

Maklumat Adi Putra bantu cari Sharlinie


KUALA LUMPUR 20 Jan.
Pelajar pintar, Adi Putra Abdul Ghani, 9, yang dipercayai memiliki kelebihan deria keenam mendakwa mengetahui salah satu lokasi kegiatan penculik Sharlinie Mohd. Nashar, 5.Kira-kira pukul 9 malam tadi, dia telah membawa ibu bapa Sharlinie ke sebuah tempat di Ulu Yam, Gombak dekat sini untuk meninjau kawasan tersebut secara lebih dekat.Turut serta dalam tinjauan itu ialah pemangku Ketua Polis Gombak, Supritendan Abdul Karim Abu Hassan dan pihak media.Menurut Adi Putra, kawasan itu adalah salah satu daripada markas penculik yang didakwa olehnya seramai lima orang dan mereka dikatakan sedang menuntut sejenis ilmu.Katanya, lokasi itu hanya dijadikan tempat kumpulan itu menguji ilmu mereka dan bukannya tempat mengurung Sharlinie.Wartawan yang mengikut operasi mengesan lokasi tersebut terpaksa berjalan mendaki kawasan berbukit sejauh kira-kira dua kilometer.Selepas berpuas hati dengan tinjauannya selama dua jam, Adi Putra kemudian mengarahkan semua orang turun.Bagaimanapun, semasa di pertengahan jalan, dia tiba-tiba meminta semua orang berhenti sambil menunjukkan ke arah sebuah kawasan.Apabila disuluh, terdapat satu perkataan bertulis ‘media’ serta satu lukisan di atas tanah yang tidak difahami.Adi Putra mendakwa perkataan itu ditulis bagi menunjukkan rasa tidak puas hati kumpulan penculik terhadap media yang melaporkan kejadian penculikan Sharlinie.Namun, tiada sebarang petunjuk lain dijumpai dan operasi mencari kemudian ditamatkan kerana hujan mula turun.

PENDAPAT:
menarik untuk di ikuti , harap petunjuk sebegini benar dan bukannya satu gimik murahan untuk mencari publisiti oleh mana2 pihak..apa2 pun, terima kasih diucapkan kpd adi putra kerana sudi membantu !

No comments:

gambar aku