sumber:Harian Metro
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor akan ‘membantu’ kerajaan negeri baru memenuhi semua manifesto pilihan raya yang dijanjikan kepada rakyat dengan mendapatkan semua senarai individu selain mereka yang layak menerima bantuan seperti kewangan dan rawatan perubatan.Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata pihaknya yang akan bertugas sebagai pembangkang, bakal menyenaraikan nama warga emas berusia 65 tahun ke atas untuk menerima bantuan rawatan perubatan percuma seperti dijanjikan dalam manifesto Barisan Alternatif (BA) negeri berkenaan.“BA tidak perlu bersusah payah mencari senarai nama kerana BN akan mendapatkan itu semua untuk mereka dan setiap nama itu perlu diberikan bantuan rawatan perubatan percuma seperti dijanjikan.“Selain itu, contoh lain ialah bantuan RM75 sebulan kepada anak sekolah. BN juga akan senaraikan semua nama yang layak dan BA perlu penuhi tuntutan berkenaan,” katanya pada sidang media khas di Bangunan Umno Selangor di sini, malam tadi.
PENDAPAT:
saya menyokong tindakan itu kerana janji mesti ditunaikan. jangan hanya meraikan kemenangan sampai lupa apa yang telah dijanjikan.ibarat pepatah, haiwan pegang pada tali, manusia pegang pada janji.
No comments:
Post a Comment