Wednesday, March 5, 2008

Projek Menjadikan KL Bandaraya Wayarles Mulai Mei Ini - Datuk Bandar


KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama)


Projek "KL Wireless Metropolitan" atau "Wireless@KL" yang bertujuan menjadikan Kuala Lumpur sebagai "bandar raya wayarles" dengan kemudahan rangkaian komunikasi bertaraf dunia akan dilancar Mei ini, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ab Hakim Borhan.Beliau berkata selaras dengan itu, satu laman web komuniti, KUL.COM.MY akan diwujudkan bagi memuatkan maklumat terkini dan relevan mengenai Kuala Lumpur."Maklumat itu meliputi aspek sosial, pembangunan, ekonomi, perniagaan, hiburan, pelancongan dan lain-lain," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian projek portal Metropolitan Kuala Lumpur di antara DBKL dengan Synapse Technologies (M) Sdn Bhd di sini, hari ini.Perjanjian itu adalah di bawah inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi pihak kerajaan yang memperuntukkan geran sebanyak RM500,000 kepada DBKL untuk tujuan itu.Sebelum ini, pada 17 Dis lepas, DBKL menandatangani memorandum persefahaman projek Wireless@KL dengan SKMM serta syarikat Packet One Networks (M) Sdn Bhd yang bertujuan meningkatkan kadar penembusan penggunaan jalur lebar yang meliputi pejabat dan pusat komuniti DBKL, kawasan awam serta kediaman di sekitar Lembah Klang menjelang tahun 2010."Wireless@KL ini menggunakan teknologi WiMAX dan untuk fasa pertama projek ini akan membangunkan sebanyak 1,500 zon Wi-Fi di kawasan tersebut," katanya.

PENDAPAT:

sememangnya usaha ini harus dilakukan segera untuk kemudahan warganya. ini juga akan menggalakkan kedatangan pelancong ke negara ini. disampingmeletakan nama Malaysia setanding dengan negara maju lain di dunia.

No comments:

gambar aku