Monday, March 17, 2008

kaunseling


Harga diri penentu tindakan anda

Harga diri (self-esteem) ialah tanggapan atau pandangan seseorang terhadap diri mereka sendiri. Jika mereka menganggap diri mereka itu jauh lebih rendah daripada orang lain maka mereka dianggap sebagai golongan yang mempunyai aras harga diri yang rendah (low self-esteem). Di sebaliknya jika mereka menganggap diri mereka setaraf dengan orang lain, maka mereka ini dianggap mempunyai aras harga diri yang sihat (healthy self-esteem).
Kedua-dua kategori harga diri ini akan mempunyai pengaruh serta kesan yang mendalam ke arah penentuan tindakan mereka dalam kehidupan terutamanya kehidupan dalam proses pembelajaran. Mereka yang mempunyai harga diri yang rendah lebih bersifat negatif, tidak sanggup bekerja keras, malas serta menyerah kepada nasib dalam sebarang tindakan. Manakala golongan yang mempunyai harga diri yang sihat lebih bersifat positif, sentiasa proaktif, rajin berusaha dan berani mencuba sehingga berjaya.
Jadual 1 menunjukkan antara ciri-ciri yang terdapat dalam kedua-dua golongan ini dalam menentukan tindakan mereka.
Ciri-ciri tersebut menjelaskan kenapa pelajar-pelajar yang mempunyai aras harga diri yang rendah ini selalu sahaja membawa masalah pada sekolah. Rasa rendah diri serta tanggapan mereka bahawa mereka tidak layak untuk mendapat kejayaan akan mendorong ke arah tindakan yang negatif.
PENDAPAT:
nilailah diri anda, yang mana satukah diri anda? sekiranya Negatif, ubahlah segera... untuk kebaikan. sekiranya positif silalah tingkatkan.

No comments:

gambar aku