Kewajipan serta tuntutan syarak bagi seorang wanita Muslim menutup aurat bukanlah penghalang bagi mereka untuk bergaya. Dengan kreativiti yang ditonjolkan oleh pereka fesyen, tidak kira sama ada yang baru mahupun yang telah mempunyai nama besar dalam industri, pelbagai rekaan telah dihasilkan bagi memberi pilihan untuk wanita Muslim bergaya.
Buktinya, lihat saja pameran busana Islamic Fashion Festival (IFF) pada 18 November 2007 tahun lalu yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Festival itu juga telah memberi peluang kepada pereka bukan sahaja dari Malaysia, malah dari Indonesia dan Pakistan untuk menampilkan kreativiti masing-masing, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai hab busana Muslimah yang tersohor.
Perkembangan busana Muslimah menerusi pertunjukan fesyen di peringkat antarabangsa, secara tidak langsung telah mengubah persepsi masyarakat bahawa jubah hanya sesuai dipakai oleh golongan yang berumur sahaja.
Menawarkan pelbagai kelengkapan Muslim dan Muslimah, Butik Shamensi yang telah bertapak sejak 10 tahun lalu, kini giat menghasilkan pakaian yang sesuai untuk keperluan wanita dalam memenuhi tuntutan syarak.
Rekaan oleh Shamensi juga diperuntukkan untuk para penggemar fesyen busana Muslimah yang berani tampil dengan gaya yang berbeza, namun tetap berpegang kepada landasan syariat Islam.
Selain itu, ia merupakan sumber inspirasi bagi para Muslimah yang ingin tampil anggun dan bergaya. Dengan sedikit kelainan, busana gaya kontemporari yang dipersembahkan akan menampilkan yang unik lagi kreatif tetapi tetap bersesuaian untuk dikenakan dalam pelbagai suasana yang berbeza.
Pemakaian tudung pula kini boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Tidak kurang dengan ‘tudung siap pakai’ dibuat daripada kain lembut dan mudah mengikut bentuk kepala.
Bahkan, kejelitaan wanita bertudung terserlah apabila mereka menampilkan tudung dililit kemas dengan padanan warna bersesuaian dengan pakaian.
Selain ke pejabat, rekaan dari butik ini juga sesuai digayakan ketika ke majlis formal kerana keanggunan serta kualiti fabriknya.
Busana dari Shamensi dijual pada harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh setiap golongan masyarakat iaitu serendah RM80 hingga RM180. Boleh diperoleh dalam pelbagai saiz daripada saiz S hinggalah saiz XL untuk mereka yang berbadan besar.

PENDAPAT:
Dalam era globalisasi, wanita bertudung tidak lagi boleh membuat alasan untuk tidak aktif...
kini ada pelbagai cara bertudung boleh gunakan untuk keselesaan dan sesuai dengan keadaan.
2 comments:
memang wajar sebagai seorang wanita kita wajib memakai tudung. Perempuan akan lebih manis sekirannya bertudung. Aurat wajib ditutup.
Post a Comment