Tuesday, March 25, 2008

kelas dr Normaliza

budak yang kena denda jawap soalan salah...

Monday, March 17, 2008

kaunseling


Harga diri penentu tindakan anda

Harga diri (self-esteem) ialah tanggapan atau pandangan seseorang terhadap diri mereka sendiri. Jika mereka menganggap diri mereka itu jauh lebih rendah daripada orang lain maka mereka dianggap sebagai golongan yang mempunyai aras harga diri yang rendah (low self-esteem). Di sebaliknya jika mereka menganggap diri mereka setaraf dengan orang lain, maka mereka ini dianggap mempunyai aras harga diri yang sihat (healthy self-esteem).
Kedua-dua kategori harga diri ini akan mempunyai pengaruh serta kesan yang mendalam ke arah penentuan tindakan mereka dalam kehidupan terutamanya kehidupan dalam proses pembelajaran. Mereka yang mempunyai harga diri yang rendah lebih bersifat negatif, tidak sanggup bekerja keras, malas serta menyerah kepada nasib dalam sebarang tindakan. Manakala golongan yang mempunyai harga diri yang sihat lebih bersifat positif, sentiasa proaktif, rajin berusaha dan berani mencuba sehingga berjaya.
Jadual 1 menunjukkan antara ciri-ciri yang terdapat dalam kedua-dua golongan ini dalam menentukan tindakan mereka.
Ciri-ciri tersebut menjelaskan kenapa pelajar-pelajar yang mempunyai aras harga diri yang rendah ini selalu sahaja membawa masalah pada sekolah. Rasa rendah diri serta tanggapan mereka bahawa mereka tidak layak untuk mendapat kejayaan akan mendorong ke arah tindakan yang negatif.
PENDAPAT:
nilailah diri anda, yang mana satukah diri anda? sekiranya Negatif, ubahlah segera... untuk kebaikan. sekiranya positif silalah tingkatkan.

Sunday, March 16, 2008


Kewajipan serta tuntutan syarak bagi seorang wanita Muslim menutup aurat bukanlah penghalang bagi mereka untuk bergaya. Dengan kreativiti yang ditonjolkan oleh pereka fesyen, tidak kira sama ada yang baru mahupun yang telah mempunyai nama besar dalam industri, pelbagai rekaan telah dihasilkan bagi memberi pilihan untuk wanita Muslim bergaya.
Buktinya, lihat saja pameran busana Islamic Fashion Festival (IFF) pada 18 November 2007 tahun lalu yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Festival itu juga telah memberi peluang kepada pereka bukan sahaja dari Malaysia, malah dari Indonesia dan Pakistan untuk menampilkan kreativiti masing-masing, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai hab busana Muslimah yang tersohor.
Perkembangan busana Muslimah menerusi pertunjukan fesyen di peringkat antarabangsa, secara tidak langsung telah mengubah persepsi masyarakat bahawa jubah hanya sesuai dipakai oleh golongan yang berumur sahaja.
Menawarkan pelbagai kelengkapan Muslim dan Muslimah, Butik Shamensi yang telah bertapak sejak 10 tahun lalu, kini giat menghasilkan pakaian yang sesuai untuk keperluan wanita dalam memenuhi tuntutan syarak.
Rekaan oleh Shamensi juga diperuntukkan untuk para penggemar fesyen busana Muslimah yang berani tampil dengan gaya yang berbeza, namun tetap berpegang kepada landasan syariat Islam.
Selain itu, ia merupakan sumber inspirasi bagi para Muslimah yang ingin tampil anggun dan bergaya. Dengan sedikit kelainan, busana gaya kontemporari yang dipersembahkan akan menampilkan yang unik lagi kreatif tetapi tetap bersesuaian untuk dikenakan dalam pelbagai suasana yang berbeza.
Pemakaian tudung pula kini boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Tidak kurang dengan ‘tudung siap pakai’ dibuat daripada kain lembut dan mudah mengikut bentuk kepala.
Bahkan, kejelitaan wanita bertudung terserlah apabila mereka menampilkan tudung dililit kemas dengan padanan warna bersesuaian dengan pakaian.
Selain ke pejabat, rekaan dari butik ini juga sesuai digayakan ketika ke majlis formal kerana keanggunan serta kualiti fabriknya.
Busana dari Shamensi dijual pada harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh setiap golongan masyarakat iaitu serendah RM80 hingga RM180. Boleh diperoleh dalam pelbagai saiz daripada saiz S hinggalah saiz XL untuk mereka yang berbadan besar.
PENDAPAT:
Dalam era globalisasi, wanita bertudung tidak lagi boleh membuat alasan untuk tidak aktif...
kini ada pelbagai cara bertudung boleh gunakan untuk keselesaan dan sesuai dengan keadaan.

Maklumat Adi Putra bantu cari Sharlinie


KUALA LUMPUR 20 Jan.
Pelajar pintar, Adi Putra Abdul Ghani, 9, yang dipercayai memiliki kelebihan deria keenam mendakwa mengetahui salah satu lokasi kegiatan penculik Sharlinie Mohd. Nashar, 5.Kira-kira pukul 9 malam tadi, dia telah membawa ibu bapa Sharlinie ke sebuah tempat di Ulu Yam, Gombak dekat sini untuk meninjau kawasan tersebut secara lebih dekat.Turut serta dalam tinjauan itu ialah pemangku Ketua Polis Gombak, Supritendan Abdul Karim Abu Hassan dan pihak media.Menurut Adi Putra, kawasan itu adalah salah satu daripada markas penculik yang didakwa olehnya seramai lima orang dan mereka dikatakan sedang menuntut sejenis ilmu.Katanya, lokasi itu hanya dijadikan tempat kumpulan itu menguji ilmu mereka dan bukannya tempat mengurung Sharlinie.Wartawan yang mengikut operasi mengesan lokasi tersebut terpaksa berjalan mendaki kawasan berbukit sejauh kira-kira dua kilometer.Selepas berpuas hati dengan tinjauannya selama dua jam, Adi Putra kemudian mengarahkan semua orang turun.Bagaimanapun, semasa di pertengahan jalan, dia tiba-tiba meminta semua orang berhenti sambil menunjukkan ke arah sebuah kawasan.Apabila disuluh, terdapat satu perkataan bertulis ‘media’ serta satu lukisan di atas tanah yang tidak difahami.Adi Putra mendakwa perkataan itu ditulis bagi menunjukkan rasa tidak puas hati kumpulan penculik terhadap media yang melaporkan kejadian penculikan Sharlinie.Namun, tiada sebarang petunjuk lain dijumpai dan operasi mencari kemudian ditamatkan kerana hujan mula turun.

PENDAPAT:
menarik untuk di ikuti , harap petunjuk sebegini benar dan bukannya satu gimik murahan untuk mencari publisiti oleh mana2 pihak..apa2 pun, terima kasih diucapkan kpd adi putra kerana sudi membantu !

isu semasa

sumber:Harian Metro
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor akan ‘membantu’ kerajaan negeri baru memenuhi semua manifesto pilihan raya yang dijanjikan kepada rakyat dengan mendapatkan semua senarai individu selain mereka yang layak menerima bantuan seperti kewangan dan rawatan perubatan.Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata pihaknya yang akan bertugas sebagai pembangkang, bakal menyenaraikan nama warga emas berusia 65 tahun ke atas untuk menerima bantuan rawatan perubatan percuma seperti dijanjikan dalam manifesto Barisan Alternatif (BA) negeri berkenaan.“BA tidak perlu bersusah payah mencari senarai nama kerana BN akan mendapatkan itu semua untuk mereka dan setiap nama itu perlu diberikan bantuan rawatan perubatan percuma seperti dijanjikan.“Selain itu, contoh lain ialah bantuan RM75 sebulan kepada anak sekolah. BN juga akan senaraikan semua nama yang layak dan BA perlu penuhi tuntutan berkenaan,” katanya pada sidang media khas di Bangunan Umno Selangor di sini, malam tadi.

PENDAPAT:
saya menyokong tindakan itu kerana janji mesti ditunaikan. jangan hanya meraikan kemenangan sampai lupa apa yang telah dijanjikan.ibarat pepatah, haiwan pegang pada tali, manusia pegang pada janji.

Wednesday, March 5, 2008

Projek Menjadikan KL Bandaraya Wayarles Mulai Mei Ini - Datuk Bandar


KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama)


Projek "KL Wireless Metropolitan" atau "Wireless@KL" yang bertujuan menjadikan Kuala Lumpur sebagai "bandar raya wayarles" dengan kemudahan rangkaian komunikasi bertaraf dunia akan dilancar Mei ini, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ab Hakim Borhan.Beliau berkata selaras dengan itu, satu laman web komuniti, KUL.COM.MY akan diwujudkan bagi memuatkan maklumat terkini dan relevan mengenai Kuala Lumpur."Maklumat itu meliputi aspek sosial, pembangunan, ekonomi, perniagaan, hiburan, pelancongan dan lain-lain," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian projek portal Metropolitan Kuala Lumpur di antara DBKL dengan Synapse Technologies (M) Sdn Bhd di sini, hari ini.Perjanjian itu adalah di bawah inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi pihak kerajaan yang memperuntukkan geran sebanyak RM500,000 kepada DBKL untuk tujuan itu.Sebelum ini, pada 17 Dis lepas, DBKL menandatangani memorandum persefahaman projek Wireless@KL dengan SKMM serta syarikat Packet One Networks (M) Sdn Bhd yang bertujuan meningkatkan kadar penembusan penggunaan jalur lebar yang meliputi pejabat dan pusat komuniti DBKL, kawasan awam serta kediaman di sekitar Lembah Klang menjelang tahun 2010."Wireless@KL ini menggunakan teknologi WiMAX dan untuk fasa pertama projek ini akan membangunkan sebanyak 1,500 zon Wi-Fi di kawasan tersebut," katanya.

PENDAPAT:

sememangnya usaha ini harus dilakukan segera untuk kemudahan warganya. ini juga akan menggalakkan kedatangan pelancong ke negara ini. disampingmeletakan nama Malaysia setanding dengan negara maju lain di dunia.

bulan




Bulan adalah satelit alami Bumi yang berukuran seperempat ukuran Bumi dan beredar mengelilinginya setiap 27.3 hari, pada jarak rata-rata 384,400 kilometer di bawah tarikan gravitasi Bumi.
Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal dari pantulan cahaya Matahari. Dan cahaya ini tidak memantul dari bumi. Tetapi kadang-kadang cahanya dari bumi juga. Jadi cahaya dari matahari langsung sampai ke bulan. Bulan mempunyai diameter 3,476 kilometer dengan gaya gravitasi hanya 0.16 = (1/6) gaya gravitasi bumi. Terbentuknya Bulan dipercaya berasal daripada obyek sebesar Mars yang menghantam Bumi lalu pecah. Inti obyek tersebut menghantam bumi, tetapi lapisan luar Bumi terpelanting dan terperangkap dalam orbit mengelilingi Bumi lalu membentuk Bulan.
Massa jenis Bulan (3,4 g/cm2) adalah lebih ringan dibanding massa jenis Bumi (5,5 g/cm2), sedangkan [massa] Bulan hanya 0.012 massa Bumi.
Bulan yang ditarik oleh gaya gravitasi Bumi tidak jatuh ke Bumi disebabkan oleh gaya sentrifugal yang timbul dari orbit Bulan mengelilingi bumi. Besarnya gaya sentrifugal Bulan adalah sedikit lebih besar dari gaya tarik menarik antara gravitasi Bumi dan Bulan. Hal ini menyebabkan Bulan semakin menjauh dari bumi. Kecepatan Bulan menjauh dari Bumi sekitar 3,8cm/tahun dan akan semakin cepat dimasa yang akan datang sampai terlepas dari orbit Bumi.
Bulan hanya bisa dilihat dari satu sisi permukaan jika diamati dari Bumi. Hal ini disebabkan oleh karena kala rotasi bulan adalah sama dengan kala revolusi(orbit) bulan mengelilingi bumi yaitu 27,32 hari.
Di bulan tidak terdapat udara ataupun air, hanya banyak kawah yang terhasil di permukaan bulan disebabkan oleh hantaman komet. Ketiadaan udara dan air di bulan menyebabkan hakisan tidak berlaku dan ada di antara kawah di bulan yang berusia berjuta tahun dahulu dan masih utuh. Di antara kawah terbesar di bulan adalah Clavius bergaris pusat 230 kilometer dan sedalam 3.6 kilometer. Ketidakadaan udara juga menyebabkan tidak ada bunyi dapat terdengar di Bulan.

Dr wikipidia Indonesia...
bertapa uniknya ciptaan tuhan.
setiap kejadian ada fungsinya...

CAHAYA

Cahaya merupakan sejenis energi berbentuk gelombang elekromagnetik yang bisa dilihat dengan mata. Cahaya juga merupakan dasar ukuran meter: 1 meter adalah jarak yang dilalui cahaya melalui vakum pada 1/299,792,458 detik. Kecepatan cahaya adalah 299,792,458 meter per detik.
Cahaya diperlukan dalam kehidupan sehari-hari.
Matahari adalah sumber cahaya utama di Bumi. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya untuk membuat makanan.
Sifat-sifat cahaya ialah, cahaya bergerak lurus ke semua arah. Buktinya adalah kita dapat melihat sebuah lampu yang menyala dari segala penjuru dalam sebuah ruang gelap. Apabila cahaya terhalang, bayangan yang dihasilkan disebabkan cahaya yang bergerak lurus tidak dapat berbelok. Namun cahaya
dapat dipantulkan .

Tuesday, March 4, 2008

Fokus

Budaya Berseronok Punca Remaja Buang Bayi?
Dalam mencari punca mengapa fenomena ini terjadi dalam masyarakat hari ini, penemuan yang mengejutkan terutama dalam aspek amalan seks bebas di kalangan remaja hari ini. Apa yang pasti, dalam temu bual dengan dua remaja yang
pernah terjebak dalam seks bebas dan melahirkan bayi luar nikah, membuktikan budaya berseronok sudah menjadi sebahagian daripada hidup generasi hari ini. ``Kami hanya ingin berseronok. Kami tak mahu bayi, sebab itu kami terpaksa tinggalkan mereka,'' akui salah seorang remaja belasan tahun yang telah hamil tiga kali hasil hubungan bebas bersama teman lelakinya. Namun seperti kata pakar psikologi kanak-kanak dan remaja UKM, Dr. Khaidzir Ismail, remaja yang terjebak dalam gejala sosial sebegini adalah individu normal tetapi mereka mempunyai tingkah laku tidak normal atau psikopat - iaitu melakukan kesalahan tanpa rasa kesal.

PANDANGAN:

suka, suka jugak tapi ingatlah Allah maha berkuasa dan maha mengetahui...

insaflah sebalum terlambat...

gambar aku