Wednesday, February 27, 2008

hanya itu yg sempat ku lafazkan





Hanya itu yang mampu ku lafazkan.

Kau teristimewa
Kau membakar diri umpama dian
Tulus dan ikhlas jiwa dan raga kau korbankan
Bakti mu kau taburkan.

Kau terunggul
Parang yang tumpul kau asahkan
Minda yang kosong ilmu kau limpahkan
Bakat mu kau curahkan.

Kau terhebat
Mencorakkan kain putih dengan warna pelangi
Menjadikan seorang manusia kepada insani
Iman mu kau tabahi.

Kau guru
Jasa mu bertaburan seperti bintang
Tidak terhitung dek jari jemari
Juga sukar dibalas.

Guru…..terima kasih
Hanya itu yang mampu ku lafazkan.

PENDAPAT:
Ni sajak aku yang pertama... aku tujukan sajak ini khas kepada guru-guru aku yang telah banyak bekorban untuk aku.

Wednesday, February 20, 2008

wanita dalam islam


Antara lelaki dan perempuan, Allah mengadakan pertalian persahabatan (9:71). Namun, yang paling manis sekali yang diadakan-Nya pada mereka ialah perasaan cinta dan pengasihan, seperti kata-Nya yang berbunyi "Dia mengadakan di antara kamu, cinta dan pengasihan" (30:21). Perasaan cinta dan pengasihan ini selanjutnya mengikat kedua-dua jantina ini dalam ikatan perkahwinan agar mereka dapat hidup bersama, dengan halal, dan bersatu dalam kebahagiaan.
Perkahwinan, yang disuruh Allah, adalah lawan bagi amalan zina. Ini disimpulkan setelah diperhati tiap-tiap ayat al-Qur'an yang mengandungi kata ikatan perkahwinan, di mana kata ini sentiasa dituruti kata lawannya, iaitu perzinaan. Sebagai contoh ialah ayat yang berbunyi "Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka .... sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan" (4:25).

gambar aku